Kelas Asas Webinar dengan ZOOM

28 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website dengan menggunakan aplikasi Zoom. Kelas ini diadakan oleh seorang penganjur kepada peserta pelajar sekolah Tingakatan 4. Peserta telah datang sendiri ke pusat internet untuk meminta staf mengajari cara-cara menggunakan aplikasi Zoom ini. Peserta diajarkan cara menggunakan Google Gmail untuk mendaftar masuk ke ruangan Webinar Zoom yang disediakan poleh penganjur.

Seterusnya, peserta diajarkan cara-cara untuk mencelah semasa webinar berlangsung untuk bertanyakan soalan dengan menggunakan butang ‘wave’, ‘chat’ dan ‘record’. Akhir sekali, peserta turut diajarkan cara memuat turun dokumen untuk mencetak latihan, jawapan serta formula yang disediakan oleh penganjur dalam e-mel peserta. Kelas berlangsung dengan baik selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali